[VIDEO] Pengarah JSJN bersara wajib esok - Utusan Malaysia

[VIDEO] Pengarah JSJN bersara wajib esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 April- Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Seri Mohmad Salleh bersara wajib mulai esok.

Mohmad berkata, pelbagai pengalaman serta cabaran yang tidak dilupakan beliau sepanjang lebih 35 tahun berkhidmat dalam PDRM.

Jelas beliau, bagaimanapun, setiap jawatan disandang mempunyai cabaran tersendiri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seperti di Kuala Lumpur, cabarannya lain contohnya banyak terlibat dengan perhimpunan Bersih.

“Ketika memegang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman pula semestinya kes pembunuhan Kevin Morais manakala di JSJN pula cabarannya lain.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Serah Terima Tugas Pengarah JSJN Bukit Aman di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Majlis itu turut menyaksikan Timbalan Pengarah Jabatan JSJN Bukit Aman, Datuk Kamarul Zaman Mamat dilantik sebagai pemangku pengarah jabatan itu.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini