Guardiola tagih khidmat Foden - Utusan Malaysia

Guardiola tagih khidmat Foden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 24 April – Pengendali Manchester City berkata, pemain muda Phil Foden, yang menjaringkan gol kemenangan ketika berdepan Tottenham di Stadium Etihad Sabtu lalu, akan membarisi kesebelasan utama dalam usaha mengekalkan pasukannya di landasan gelaran Liga Perdana Inggeris.

“Ya, dia (Foden) bersedia. Saya tahu betapa pentingnya menjadi penyokong Manchester City sama ada secara langsung mahupun tidak.

“Apa pun dia sudah bersedia, sudah tentu. Jika dia tidak bersedia, dia tidak akan berada di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tengok bagaimana (sama ada dia akan diturunkan ataupun tidak. Saya perlu bermimpi sekarang,” katanya ketika ditanyakan berhubung kedudukan pemain berusia 18 tahun itu.

City perlu mengatasi pencabar terdekatnya, Liverpool untuk mempertahankan kejuaraan.

Sebarang keciciran mata akan membuka peluang untuk Liverpool, yang berbaki tiga perlawanan Liga Perdana untuk menamatkan kemarau kemenangan trofi tersebut selama 29 tahun.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini