Ini sebab kenapa United tukar tempat penginapan - Utusan Malaysia

Ini sebab kenapa United tukar tempat penginapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 24 April – Persediaan Manchester united untuk berdepan Manchester City dalam aksi derby Liga Perdana Inggeris, kini dibuat dengan rapi.

Skuad Red Devils akan melayani kunjungan City di Olad Trafford dengan misi memburu tiga mata bagi merebut kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris.

Pasukan bimbingan Pep Guardiola bagaimanapun memerlukan tiga mata agar kekal berada di tangga teratas liga, mengatasi pencabar terdekatnya, Liverpool.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kegagalan Citizens berbuat demikian akan menyukarkan mereka untuk mempertahankan kejuaraan.

Kebiasaannya, United akan menetap di Hotel Lowry menjelang pertembungan besar di Old Trafford, dan ada kalanya di Hilton Garden Inn di Laman Kriket Lancashire.

United bagaimanapun membuat keputusan untuk menukar ke hotel lain bagi mengelakkan mereka berdepan kesesakan lalu lintas di bandar tersebut, sekali gus memudahkannya untuk tiba ke venue perlawanan tepat pada masa.

Menjelang pertembungan besar itu, skuad bimbingan Ole Gunnar Solskjaer menetap di Hotel Hilton di Deansgate untuk pertama kalinya.

Ini kerana hotel tersebut berdekatan dengan Chester Road, yang mana ia menuju terus ke Old Trafford.

United enggan mengalami masalah sama lagi, di mana Red Devils ketika dibimbing Jose Mourinho pernah terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas dalam dua perlawanan Liga Juara-Juara musim ini.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini