Polis tangkap dua lelaki, rampas dadah simpan dalam pasu - Utusan Malaysia

Polis tangkap dua lelaki, rampas dadah simpan dalam pasu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING 24 April – Polis menahan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dan merampas dadah jenis heroin dan methamphetamine seberat 1,415 gram dalam dua tangkapan berasingan di Aulong dekat sini Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, kedua-dua lelaki berusia 20-an dan 30-an yang dipercayai anggota Geng Prabu itu diberkas oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping.

Katanya, dalam tangkapan pertama pada pukul 12.20 tengah hari itu, seorang daripada suspek ditahan di tepi Jalan Sultan di Aulong bersama beberapa barang kes berupa dadah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Susulan tangkapan tersebut, pihak polis telah menangkap seorang lagi lelaki di hadapan sebuah restoran di Jalan Sultan, Aulong sebelum lelaki itu membawa ke rumahnya di Taman Kami, Aulong.

“Lelaki itu kemudiannya menunjukkan kepada pihak polis sebuah pasu bunga di perkarangan luar rumahnya yang ditutup sekeping papan di mana di dalamnya disembunyikan dadah,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Taiping di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini