Rugi RM68,256 ditipu polis palsu - Utusan Malaysia

Rugi RM68,256 ditipu polis palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Tertipu selepas melayan panggilan telefon daripada dua individu tidak dikenali, seorang wanita berusia 60 tahun di sini kerugian RM68,256 semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa dihubungi suspek menyamar pegawai Telekom Malaysia yang menghubunginya menggunakan telefon rumah.

Ujar Mohd. Wazir lagi, wanita itu dimaklumkan bil telefon rumahnya yang didaftarkan di Kuala Lumpur mempunyai tunggakan dan diminta membuat pembayaran segera.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa menafikan mempunyai akaun bil telefon rumah yang beralamat di Kuala Lumpur. Bagaimanapun, talian disambung kepada seorang lagi suspek yang menyamar sebagai polis,” katanya.

Tambah Mohd. Wazir lagi, suspek yang menyamar polis tersebut memaklumkan mangsa terlibat aktiviti pengubahan wang dan kes tersebut sedang disiasat.

Mohd. Wazir menambah, mangsa seterusnya diminta memindahkan semua baki wang miliknya kepada nombor akaun yang diberikan suspek bagi membantu siasatan.

“Mangsa melakukan dua transaksi pemindahan wang sebelum menyedari telah ditipu oleh suspek dan seterusnya membuat laporan polis,” kata beliau.

Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini