LONDON 24 April – Walaupun masih keletihan akibat jadual padat, Tottenham Hotspur mampu meraih kemenangan penting 1-0 ke atas Brighton untuk mengukuhkan kedudukan mereka berada dalam kelompok empat teratas sehingga penghujung musim yang semakin hampir tiba.
Christian Eriksen muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan yang amat diperlukan itu pada minit-minit akhir permainan untuk Tottenham berada di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris ketika aksi musim ini berbaki tiga sahaja lagi.
Kemenangan itu membolehkan Tottenham mengumpul 70 mata daripada 35 perlawanan untuk mengatasi Chelsea di tangga keempat dengan 67 mata diikuti Arsenal (66) dan Manchester United (64) yang bermain masih kurang satu perlawanan. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











