[VIDEO] Minggu Setiausaha AG 2019 kejayaan Aero Group - Utusan Malaysia

[VIDEO] Minggu Setiausaha AG 2019 kejayaan Aero Group

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 24 April – Penganjuran majlis makan tengah hari sempena Minggu Setiausaha AG 2019 bertempat di salah sebuah hotel di ibu negara petang semalam meninggalkan satu kenangan paling manis buat seorang gadis berusia 22 tahun, Firzana Afnita Mohd. Amin.

Nombor 136 yang berada di tangan Pegawai Perhubungan Awam (PR) syarikat Mask Team itu terpilih sebagai pemenang cabutan bertuah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lebih manis bagi diri Firzana apabila nombor itu dipilih sendiri oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin yang bercemar duli, menghadiri AG Secretaries 2019.

“Saya amat bertuah dan terkejut apabila nombor saya disebut oleh Pengacara Majlis untuk menerima sebentuk cincin berlian bernilai RM15,000.

“Rasa terkejut masih belum hilang apabila Tengku Permaisuri sendiri menyampaikan hadiah ini kepada saya,” katanya yang baharu dua bulan bekerja di syarikat itu.

AG GROUP
DATUK AIZUDDIN GHAZALI

Sementara itu, penganjur utama persembahan Minggu Setiausaha yang dijayakan oleh Shiha Zikir, Dayang Nurfaizah, Chakra Khan dari Indonesia dan Fitri Haris, Aero Group, Datuk Aizuddin Ghazali menghela nafas lega apabila majlis bukan sahaja berjalan lancar tetapi mendapat sokongan daripada para penaja dan pembeli meja.

“Terima kasih kepada semua pihak termasuk media yang membuat liputan pada hari ini.

“Majlis pada hari ini adalah bagi para majikan meraikan para setiausaha dan kakitangan syarikat.

“Ini adalah satu majlis yang dapat direalisasikan dengan kerjasama semua pihak,” katanya yang juga merupakan Pengerusi Eksekutif dan Pengasas Aero Group. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini