Kanak-kanak tiru aksi selebriti popular - Utusan Malaysia

Kanak-kanak tiru aksi selebriti popular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELBOURNE – Seorang kanak-kanak perempuan menarik perhatian pengguna media sosial dengan menggayakan busana ciptaan sendiri dan meniru aksi selebriti terkenal termasuk Kim Kardashian, Rihanna dan Miley Cyrus.

Riley Dashwood, 9, dengan bantuan ibu bapanya menggunakan pelbagai barangan keperluan di rumah termasuk sayur dan makanan untuk mencipta busana yang kelihatan amat melucukan.

Sekeping gambar yang dikongsi di Instagram menunjukkan pelajar sekolah itu berpakaian penyanyi Nicki Minaj tetapi menggunakan salad, brokoli dan kubis bunga sebagai aksesori palsu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini merupakan projek keluarga, kami rasa ia kelakar jika dilakukan secara bersama. Kami mula memuat naik di Instagram tahun lalu,” ujar Dashwood kepada portal BoredPanda.

Dia kini mempunyai seramai 100,000 pengikut di Instagram. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini