10,000 polis elit siap siaga di Jakarta - Utusan Malaysia

10,000 polis elit siap siaga di Jakarta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA 23 April – Kira-kira 10,000 anggota pasukan Briged Mobil (Brimob) dikerah mengawal keadaan di ibu negara ini setelah pemilihan umum Indonesia (Pemilu) 2019 tamat.

Republika melaporkan, Jurucakap Ibu Pejabat Polis Negara Republik Indonesia (POLRI) , Dedi Prasetyo memberitahu, sebanyak 6,200 anggota pasukan elit itu dari tiga ibu pejabat polis daerah (Polda) membantu menjaga keamanan dan ketenteraman awam di bandar raya ini.

Katanya, buat masa ini, sebanyak 2,000 anggota terlebih dahulu ditempatkan di Jakarta sejak minggu lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ya, betul. Itu adalah langkah keselamatan dalam berdepan sebarang kemungkinan berlakunya kekacauan,” katanya.

Berdasarkan tinjauan Republika, anggota Brimob terlibat datang secara bergilir-gilir dari Polda Kaliman Barat, Polda Bali dan Polda Maluku.

Operasi keselamatan akan tertumpu di lima wilayah Jakarta, termasuk sekitar Jakarta Pusat yang menjadi kawasan utama pentadbiran.

Sementara itu, Dedi mengesahkan sebanyak 15 anggota polis meninggal dunia ketika bertugas sepanjang proses Pemilu 2019.

“Kebanyakan mereka yang meninggal dunia disebabkan terlalu penat. Sememangnya Pemilu menjadi tugas berat untuk kita semua,” ujarnya.

Dedi menambah, kebanyakan anggota yang meninggal dunia adalah mereka yang bertugas di luar Jawa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini