Padah suntik filler dibibir - Utusan Malaysia

Padah suntik filler dibibir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 23 April – Gara-gara mahu mencantikkan bibir de­ngan suntikan filler, seorang wanita Britain melalui pengalaman mengerikan apabila bibir­nya membengkak empat kali ganda berbanding saiz asal.

Lapor Mail Online, Rachael Knappier, 29, dari Leicestershire itu turut berdepan dengan kehilangan bibirnya secara kekal malah nyawanya juga dikatakan terancam.

Knappier yang pernah menjalani beberapa rawatan filler di dahi dan sedikit dos di bibir sebelum ini berkata, dia terperdaya dengan janji seorang pakar kecantikan untuk ‘memperbaiki’ bibirnya semasa menghadiri parti botox dan bersetuju mendapatkan rawatan itu dengan bayaran 220 pound (RM1,180).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada malam yang sama, ketika sedang tidur, bibir saya terasa seakan-akan pedih se­perti terbakar.

“Apabila saya bangun dan melihat cermin, saya terkejut melihat bibir saya membesar kira-kira empat kali ganda dari saiz asal dan menyentuh hidung,” katanya.

Knappier kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital berhampiran dan kehadirannya ke premis itu menjadi bahan ketawa jururawat dan doktor.

“Saya memberitahu mereka yang saya mengalami alahan dan selepas diperiksa tiga doktor mengesahkan ia adalah ekoran tindak balas dos suntikan kepada arteri,” katanya.

Sementara itu, pakar perubatan, Dr. Tijion Esho menyifatkan Knappier sebagai bertuah kerana tindakan berkenaan boleh membunuh sel arteri yang akhirnya membawa maut dan lebih malang, Knappier juga mungkin kehilangan kedua-dua bibirnya.

Bagaimanapun kesan bengkak di bibir Knappier semakin surut selepas menjalani rawatan tiga hari di hospital namun tempoh tiga bulan diperlukan Knappier untuk mendapatkan bibir asalnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini