Dirumus menggunakan teknologi Jepun, PIXY adalah rangkaian kosmetik yang direka untuk menyerlahkan kecantikan semula jadi wanita Asia. Selaras dengan personaliti teras yang feminin, mudah, bergaya dan moden, PIXY percaya kecantikan adalah tenaga emosi wanita.
Dengan kecantikan, wanita tidak hanya memancarkan tenaga positif tetapi perasaan, mood dan keyakinan akan meningkat. Bukan hanya itu, produk PIXY juga diyakini halal bagi memastikan ia benar-benar selamat digunakan.
Diformulasi sesuai untuk wanita muda on-the-go, PIXY memperkenalkan pelbagai rangkaian terbaru UV Whitening Base Makeup yang dinamakan 4 Beauty Benefits. Ia terdiri daripada tiga jenis solekan asas iaitu UV Whitening Two Way Cake Perfect Last, UV Whitening BB Cream dan UV Whitening Concealing Base.
“Setiap produk itu diformulasikan dengan bahan semula jadi seperti bengkoang, minyak squalane dan minyak jojoba. Semua produk berfungsi untuk melembapkan, mencerahkan, melindungi dan mencantikkan kulit,” menurut kenyataan kepada Mega Rona.
Setiap produk di bawah siri itu dipertingkatkan dengan agen pencerahan semula jadi yang diperoleh daripada bengkoang dan derivatif Vitamin C untuk kesan pencerahan dua cara bagi menjadikan kulit lebih cerah dan berseri.
Bahan-bahan penting lain termasuklah minyak squalane dan minyak jojoba bagi membantu kelembapan kulit. Produk ini juga dilengkapi dengan rangkaian SPF 30-35 untuk melindungi kulit daripada sinaran ultra ungu yang berbahaya kepada kulit.
Mempunyai formulasi litupan penuh dan tahan lama membolehkan solekan kekal berseri sehingga 12 jam. Produk di bawah siri 4 Beauty Benefits ini juga mudah dioles dan terasa ringan pada kulit, sekali gus memberikan kesan terbaik dengan keselesaan maksimum.
Berikut produk solekan asas siri ini:
1 Whitening Two Way Cake Perfect Last (9g), RM 21.90/Refill – RM13.90.
Dirumus khas dengan Fit Blend Powder yang halus dan lembut untuk membantu mengurangkan penampilan liang pori, menjadikan kulit kelihatan licin dan lebih halus.
2 Whitening BB Cream (30ml), RM19.90.
Diperbuat daripada formula bukan komedogenik, memastikan liang-liang pada wajah dapat bernafas. Tahan sehingga 12 jam, kulit kelihatan cerah walaupun seharian di luar. Boleh diaplikasikan menggunakan jari, berus solek atau pengisar kecantikan mengikut keselesaan pengguna.
3 UV Whitening Concealing Base (9g), RM19.90.
Berfungsi sebagai bedak asas litupan tebal dan juga penyamar. Dengan tekstur ringan yang mudah dioles, solekan ini memudahkan dan boleh disapu rata menggunakan jari, span atau berus.
Rangkaian Pixy UV Whitening 4 Beauty Benefits ini boleh didapati di pasar raya atau farmasi terpilih seperti Guardian.










