JOHANNESBURG 23 April – Sekurang-kurangnya lima orang maut awal pagi ini di bandar Durban susulan kejadian banjir lumpur yang diakibatkan oleh hujan lebat.
Banjir lumpur itu menjejaskan banyak kediaman sehingga menyebabkan ada penduduk yang lemas.
Antara mangsa yang terkorban adalah bayi berusia enam bulan, kanak-kanak berumur 10 tahun dan dua orang dewasa.
Memuatkan artikel berkaitan…
Selain itu, pihak berkuasa menjangkakan jumlah korban akan meningkat memandangkan masih banyak kawasan yang terjejas belum diperiksa. – AFP











