Usaha wajibkan pentaksiran zakat berjalan lancar - Utusan Malaysia

Usaha wajibkan pentaksiran zakat berjalan lancar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 23 April – Kira-kira 70 peratus kakitangan awam dan 40 peratus pekerja swasta di negeri ini telah melakukan pentaksiran zakat selaras usaha kerajaan negeri mewajibkannya.

Pengurus Besar Pusat Kutipan Zakat (PKZ) negeri, Datuk Halidan Md. Daud berkata, pada tahun ini sahaja, kira-kira 50,000 data dikumpul daripada pekerja swasta di Pahang.

“Pada bulan bulan, kita akan ada saringan tapisan dalam sistem untuk dihantar dalam taksiran dan kita juga ke arah penguatkuasaan,” katanya dalam sidang akhbar pada Program Jalinan Kerjasama Pusat Kutipan Zakat dan Anih Berhad (Anih) di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Yang hadir sama Ketua Operasi dan Penyelenggaraan Anih, Ainul Hasri Shah Abu Hassan.

Pada majlis itu, Anih turut menyampaikan zakat bagi tahun 2018 sebanyak RM2.4 juta kepada PKZ.

Menurut Halidan, usaha mewajibkan pentaksiran zakat oleh pekerja swasta dan kakitangan awam di negeri ini telah mula dilaksanakan pada 2018.

Katanya, usaha berterusan dilakukan termasuklah ke arah penguatkuasaan menyeluruh. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini