KUALA LUMPUR 22 April -Seramai 111 pengundi berdaftar warga Ukraine di Malaysia malah dari Indonesia dan Filipina mengundi pada pusingan kedua Pilihan Raya Presiden di Kedutaan Ukraine di sini semalam.
Kedutaan Ukraine memetik statistik Suruhanjaya Pilihan Rayanya, jumlah pengundi tersebut merupakan 89 peratus daripada 125 pengundi berdaftar.
Antara mereka yang mengundi termasuk lima diplomat Ukraine termasuk Duta Besar Ukraine ke Malaysia, Olexander Nechytaylo.
Warga Ukraine yang menetap di Indonesia dan Filipina juga hadir ke sini berikutan tiada stesen pengundian di sana.
Proses pengundian itu berjalan dari pukul 8 pagi hingga 8 malam tadi.
Keputusan pengundian telah dihantar menerusia emel yang selamat ke Ukraine.
Calon Presiden, Petro Poroshenko yang merupakan penyandang mengaku kalah dan mengucapkan tahniah kepada lawannya, Volodymyr Zelensky yang mendapat 73 peratus undi.
Bagaimanapun, keputusan rasmi akan diumumkan pada 1 Mei nanti. – BERNAMA











