Penunggang motosikal maut dirempuh lori - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal maut dirempuh lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMPANG – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah lori membawa muatan pasir sebelum tersepit di bawah lori berkenaan dalam kejadian di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Ampang di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.13 petang itu, mangsa yang berusia sekitar 50-an disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada kepala dan anggota badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Ariff Mohamed Kassim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dairpada orang awam kira-kira pada pukul 5 petang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Seramai lapan pegawai dan anggota bomba bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang telah ditugaskan ke lokasi kejadian.

“Sebaik jentera pertama tiba, mangsa didapati telah tersepit di bawah lori berkenaan bersama motosikal jenis Yamaha Y15 yang ditunggangnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Mengulas lanjut, mayat mangsa berjaya dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas kira-kira 15 minit kemudian.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Ampang sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Identiti mangsa tidak dapat dipastikan kerana tiada kad pengenalan diri ditemui pada tubuhnya ketika pemeriksaan namun mangsa dipercayai merupakan warga tempatan,” jelasnya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini