Serangan Sri Lanka: Baru Bian kutuk serangan bom - Utusan Malaysia

Serangan Sri Lanka: Baru Bian kutuk serangan bom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Menteri Kerja Raya, Baru Bian mengutuk siri serangan bom di Sri Lanka semalam dan berharap keadilan dapat ditegakkan terhadap pihak yang bertanggungjawab.

Beliau berkata, hakikat bahawa pembunuhan yang mengorbankan banyak nyawa itu berlaku pada sambutan Hari Easter dan berlaku di rumah ibadah, menambahkan lagi keperitan itu.

“Adalah menjadi harapan saya, agar semua rakyat Malaysia tanpa mengira kepercayaan dapat membantu mangsa, keluarga dan orang yang tersayang dalam tragedi pengeboman di Sri Lanka seperti yang kita lakukan untuk membantu mangsa, keluarga dan insan yang kita sayangi dalam tragedi tembakan rambang di New Zealand.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Peluru dan bom tidak dapat membezakan. Tetapi kita boleh menunjukkan perasaan sayang kita melalui tindakan belas kasihan kita yang mengatasi semua,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini