Lelaki parah terjatuh semasa daki Gunung Korbu - Utusan Malaysia

Lelaki parah terjatuh semasa daki Gunung Korbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 21 April – Seorang lelaki parah di kepala setelah terjatuh pada ketinggian enam meter semasa melakukan aktiviti pendakian di Gunung Korbu di sini hari ini.

Lelaki yang belum dikenal pasti identitinya itu memulakan pendakian di kawasan tersebut bersama 12 pendaki lain dan 11 pemandu arah sejak kelmarin.

Ketua Zon 1 Perak, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Mohd. Khairul Jamil berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian menimpa mangsa pada pukul 10.29 pagi ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh dihantar ke tempat kejadian dengan dibantu enam anggota lagi dari Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

“Berdasarkan maklumat daripada saksi, lokasi mangsa berada mengambil masa dua hari untuk tiba di sana. Ketika ini mangsa dilaporkan pengsan dengan kecederaan parah di kepala.

“Lokasi pendakian itu merupakan kawasan hutan tebal dan mangsa juga dikatakan berada di puncak gunung. Kita sedang membuat persiapan untuk masuk ke kawasan tersebut untuk mengambil mangsa dengan meminta bantuan daripada Unit Udara.

“Bagaimanapun, penilaian akan dilakukan terlebih dahulu dan jika cuaca tidak mengizinkan, kita terpaksa menggunakan jalan darat untuk membawa mangsa keluar,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini