Persembahan Kadhambari di Matic 26 April ini - Utusan Malaysia

Persembahan Kadhambari di Matic 26 April ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 April – Kumpulan Unique Arts Culture Heritage Foundation Negeri Sembilan bakal menampilkan persembahan yang diberi nama ‘Kadhambari’ di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) pada 26 dan 27 April ini.

Menurut kenyataan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) di laman web rasminya, program yang akan berlangsung pada pukul 8.30 malam itu bertemakan Perpaduan Melalui Seni Budaya.

“Orang ramai yang berminat untuk menonton persembahan berkenaan boleh mendapatkan tiket dengan harga yang berpatutan iaitu RM 20 bagi tempat biasa manakala RM50 untuk VVIP.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, pihak kami akan memberi diskaun sebanyak 50 peratus kepada pelajar, warga emas dan orang kurang upaya,” menurut laman web tersebut.

Untuk mendapatkan tiket, orang ramai boleh menghubungi talian 018-3565363 (Unique) atau 03-26148200 (JKKN). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini