Lelaki buat lesen sendiri bertulisan tangan - Utusan Malaysia

Lelaki buat lesen sendiri bertulisan tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seorang lelaki di China ditahan polis selepas didapati menggunakan lesen memandu yang direka sendiri kerana terlalu malas ambil ujian memandu.

Seorang anggota polis trafik di Liuzhou, China terkejut selepas mendapati penunggang motosikal yang ditahannya menunjukkan lesen memandu yang dibuat sendiri dengan tulisan tangan.

Kedengaran mungkin tidak masuk akal, namun itulah yang berlaku kerana lelaki berkenaan dikatakan terlalu culas untuk mengambil ujian memandu mengikut prosedur.

Memuatkan artikel berkaitan…

Salah laku seperti memalsukan dokumen ternyata bukanlah perkara baharu kerana ia memerlukan teknik dan kepakaran yang tinggi bagi mengelak kesalahan itu dikesan.

Namun, tindakan yang dilakukan oleh lelaki tersebut ternyata mengejutkan polis trafik itu sehingga ia menjadi bahan jenaka netizen di laman sosial selepas ia tular.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini