GEORGE TOWN – Jumlah pesakit strok di negara ini dilaporkan semakin meningkat dengan setiap hari seramai 92 orang dimasukkan ke hospital akibat penyakit itu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia memerlukan 200 lagi pakar neurologi untuk memastikan pesakit strok mendapat rawatan secukupnya kerana ketika ini negara hanya mempunyai 107 pakar neurologi.
Menurutnya, Kementerian Kesihatan mempunyai 50 pakar dan pelatih neurologi, universiti mempunyai 33 pakar dan pelatih neurologi manakala seramai 24 pakar neurologi adalah daripada sektor swasta.
Berita berkaitan:











