Gambar perkahwinan Tengku Mahkota Kelantan tular - Utusan Malaysia

Gambar perkahwinan Tengku Mahkota Kelantan tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Gambar perkahwinan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Faiz Petra dan Cik Sofie Louise tular di media sosial sejak malam tadi.

Majlis perkahwinan yang berlangsung secara tertutup malam tadi di Istana Balai Besar, Kota Bharu, Kelantan itu diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh kaum kerabat terdekat istana dan sahabat handai baginda sahaja.

Rata-rata warganet memuji perkahwinan itu yang diadakan secara sederhana menggambarkan sifat baginda yang sukakan kesederhanaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini majlis perkahwina itu diumumkan oleh Ketua Istiadat Istana Kelantan, Datuk Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Datuk Tengku Feissal yang turut memberitahu, Tengku Faiz turut bertitah agar cenderamata-cenderamata sempena istiadat perkahwinan baginda disumbangkan kepada badan-badan kebajikan negeri Kelantan seperti Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan (YOKUK), rumah anak-anak yatim dan orang tua serta Persatuan Bulan Sabit Merah. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini