BERBAKTI. Seramai 33 mahasiswa Universiti Utara Malaysia (UUM) menyertai program Bakti Siswa Jelajah Inapan Siswa (Inasis) Sime Darby @ Jerlun di Kampung Bukit Hantu, Kodiang, Kedah baru-baru ini.
Program selama tiga hari itu mendapat kerjasama Pejabat Menteri Besar Kedah, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jerlun, Pusat Peduli Rakyat Kota Siputeh dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Bukit Hantu.
Pengetua Inasis Sime Darby, Dr. Rohani Abdullah berkata, semua mahasiswa yang terlibat ditempatkan bersama keluarga angkat masing-masing di sekitar Jerlun.
Memuatkan artikel berkaitan…
“Pelbagai aktiviti dijalankan antaranya, pemberian sumbangan barang keperluan asas kepada 20 keluarga asnaf, solat hajat perdana dan diskusi ilmiah,” katanya.











