FAS wujudkan zon Mesra Keluarga - Utusan Malaysia

FAS wujudkan zon Mesra Keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 April – Selepas menerima maklum balas daripada penyokong, Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) bersetuju untuk menyediakan zon Mesra Keluarga bagi mereka yang hadir bersama keluarga, terutama kanak-kanak untuk menonton perlawanan di Stadium Shah Alam.

Seperti seluruh stadium, penguatkuasaan larangan merokok dan vaping masih berkuat kuasa seperti biasa, bezanya adalah pihak pengurusan bakal meletakkan marsyal khas untuk memantau pesalah yang merokok dalam kawasan ini.

“Zon Mesra Keluarga ini akan dimulakan di zon M dan N (Kuadran B ). Harap semua penyokong memberi kerjasama untuk menjayakannya,” umum FAS dalam Facebook rasmi mereka hari ini. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini