Tengku Mahkota, Cik Sofie Louise diijabkabul - Utusan Malaysia

Tengku Mahkota, Cik Sofie Louise diijabkabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 19 April – Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra selamat bernikah dengan pasangan baginda, Cik Sofie Louise Johansson di Istana Balai Besar, di sini malam ini.

Baginda yang berusia 45 tahun diijabkabulkan dengan gadis berusia 33 yang merupakan warga Sweden itu dalam istiadat pernikahan tertutup dan sederhana dihadiri kaum kerabat terdekat.

Mereka dinikahkan oleh Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad pada pukul 8.35 malam manakala khutbah nikah dibacakan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, Tengku Muhammad Fa-iz Petra yang menaiki kenderaan berasingan dengan pengantin perempuan tiba serentak pada pukul 8.20 malam.

Bonda baginda, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid pula tiba pada pukul 8.30 malam.

Tengku Mahkota Kelantan diputerakan pada 20 Januari 1974 di Istana Kota Lama, di sini.

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan (SK) Sultan Ismail Petra II.

Seterusnya putera kedua daripada empat beradik itu menyambung pengajian peringkat seterusnya di Oakham School, London dan London School of Economics and Political Science, United Kingdom. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini