Suspek simbah cat di masjid ditahan - Utusan Malaysia

Suspek simbah cat di masjid ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai melakukan khianat dengan menyimbah cat berwarna ungu di pintu Masjid Tengkera di sini awal pagi tadi. 

Insiden itu disedari oleh jemaah yang ingin menunaikan solat Subuh kira-kira pukul 6 pagi tadi sebelum laporan polis dibuat. 

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, susulan laporan tersebut, seorang suspek berusia 38 tahun ditahan di sekitar masjid berkenaan pada pukul 8.30 pagi. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita turut merampas satu tin cat berwarna ungu di tempat dia ditahan. Siasatan lanjut masih diteruskan, namun kita tidak menolak kemungkinan suspek itu mempunyai masalah mental.

“Setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana kesalahan khianat,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Mohd. Sofi Abdul Wahab turut meluahkan rasa kesal dalam laman sosial Facebook mengenai insiden tersebut yang membabitkan masjid berusia 600 tahun itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini