ADUN nyanyi lagu 'Hati ku luka lagi' gamatkan DUN Perak - Utusan Malaysia

ADUN nyanyi lagu ‘Hati ku luka lagi’ gamatkan DUN Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 19 April – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini gamat apabila seorang wakil rakyat menyanyikan lagu ‘Hati ku luka lagi’ bagi menyindir kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika perbahasan penggulungan titah Sultan Perak.

ADUN Kuala Sepetang dari Barisan Nasional (BN), Mohd. Kamaruddin Abu Bakar yang pada mulanya berbahas dengan membangkitkan beberapa isu di kawasannya, meminta kebenaran daripada Speaker DUN, Datuk Ngeh Koo Ham untuk menyanyi ketika mahu menutup perbahasannya.

Koo Ham kemudiannya membenarkan Mohd. Kamaruddin menyanyi dengan alasan perbahasan boleh disampaikan dalam pelbagai gaya termasuk menyanyi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mohd. Kamaruddin hanya menyanyikan dua baris lagu popular kumpulan Black Dog Bone’ iaitu ‘Harapan setinggi gunung, Berderai menjadi debu’ sambil mendepakan kedua-dua belah tangannya sebelum mengakhiri perbahasan.

Gelagat beliau menyebabkan semua ahli DUN ketawa sambil bertepuk tangan kerana wakil rakyat itu menampilkan gaya berlainan ketika sesi perbahasan.

Lagi ‘Hatiku luka lagi’ sering dijadikan lagu untuk menyindir kerajaan PH kerana gagal menunaikan janji manifesto selepas menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini