Wartawan wanita ditembak mati di Northen Ireland - Utusan Malaysia

Wartawan wanita ditembak mati di Northen Ireland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 19 April – Seorang wartawan wanita ditembak mati ketika rusuhan di Northen Ireland yang disiasat sebagai insiden keganasan dalam kawasan bergolak itu, malam tadi.

Penolong Ketua Konstabel, Mark Hamilton dalam kenyataan berkata, mangsa, Lyra McKee, 29, dibunuh ketika keganasan yang dirancang di Creggan.

Katanya, polis mempercayai pelaku seorang ‘penentang republikan yang ganas’.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tembakan dilakukan oleh seorang individu di kawasan perumahan itu menyebabkan mangsa terbunuh,” katanya.

Terdahulu, McKee sempat memuat naik gambar rusuhan yang berlaku di kawasan kediaman Creggan di Londonderry.

Gambar itu menunjukkan kereta dan van terbakar dengan beberapa individu membaling bom petrol dan bunga ada kenderaan polis. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini