TRW perlu agresif, menyerang - Utusan Malaysia

TRW perlu agresif, menyerang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 19 April – Kelantan yang kini terdesak mencari mata, perlu kembali kepada rentak agresif dan menyerang sekiranya mahu melakar keputusan positif pada aksi Liga Perdana menentang Negeri Sembilan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam esok.

Pengendali baharu The Red Warrios (TRW) Yusri Che Lah berkata, rentak tersebut perlu dipraktikkan semula bagi mengelak kekalahan, seterusnya menyebabkan pasukan terus keciciran mata dan menghuni tiga tangga terbawah liga.

“Ini adalah corak yang saya terapkan ketika mengendalikan TRW pada musim lalu. Jadi saya menuntut kembali corak tersebut demi pasukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jikalau mereka beri segalanya untuk insya allah mereka sukar untuk dikalahkan di laman sendiri,” katanya di sini hari ini.

Yusri memberitahu, TRW tidak boleh terus terus keciciran mata walaupun masih mempunyai baki 12 perlawanan selepas ini.

Katanya, tewas bukan pilihan, meskipun Kelantan ketika ini tempang berdepan Negeri Sembilan selepas kehilangan tiga tonggak utama akibat penggantungan dan kecederaan.

Ujarnya dua tonggak yang digantung itu ialah perancangan tengah Nik Akif Shahiran Nik Mat dan Mohammad Azwan Aripin manakala Nik Azli Nik Alias pula mengalami kecederaan.

“Sungguhpun perit, saya harap pemain dapat memberikan aksi terbaik dalam perlawanan itu nanti,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini