KUALA LUMPUR – Kelab Peminat Liverpool (LFC) di Malaysia akan dapat mengalami dan mengikuti pelbagai aktiviti dan bertemu dengan wira LFC seperti Jason McAteer, Sami Hyypia dan Steve McManaman, hujung minggu ini.
Mereka juga berpeluang memenangi tiket untuk bersemuka dengan pemain kesayangan mereka itu sewaktu sesi khas pertemuan dan ramah mesra bersama lagenda Liverpool yang akan diadakan di Hab Dunia LFC di pusat membeli belah One Utama.
“Untuk peminat Reds di Malaysia, mereka perlu berada di Dunia LFC World Kuala Lumpur. Kami tahu tidak semua peminat boleh datang ke Anfield, jadi inilah cara kami membawa Anfield dekat kepada mereka. Kami tidak sabar untuk bertemu peminat, ia akan menjadi satu hujung minggu yang hebat,” kata Hyypia.
Di dalam ‘Hab’, peminat Liverpool akan merasai pengalaman berada di Anfield dengan penjelmaan semula lokasi ikonik seperti Shankly Gates, papan tanda ‘This is Anfield’ dan bilik persalinan khas Anfield di Dunia LFC, di mana peminat berpeluang untuk duduk di hadapan baju pemain kegemaran mereka – Mohamed Salah, Sadio Mane, Virgil Van Dijik dan Roberto Firmino.
Terdapat banyak aktiviti untuk disertai peminat, di sepanjang acara dan turut disediakan hadiah istimewa atau cenderahati. – K! ONLINE











