KUALA LUMPUR 19 April – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka memanggil lebih 20 lagi pegawai penguat kuasa dari Jabatan Pengangkutan Jalan Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung kegiatan rasuah melindungi pemandu lori esok.
Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi berkata, mereka akan dipanggil untuk memberikan keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang.
Dalam pada itu, Azam turut mengesahkan 23 daripada 24 penguat kuasa yang ditahan reman sebelum ini telah dibebaskan dengan jaminan SPRM, hari ini. – UTUSAN ONLINE
Memuatkan artikel berkaitan…











