Beberapa jalan di ibu kota ditutup Ahad ini - Utusan Malaysia

Beberapa jalan di ibu kota ditutup Ahad ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 April – Beberapa jalan di sekitar ibu negara akan ditutup bermula dari pukul 6 pagi hingga 9.30 pagi pada Ahad ini sempena penganjuran beberapa acara.

Pusat Pengurusan Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, acara Jogathon Warisan 2019 akan berlangsung pada pukul 6.00 pagi hingga 9.30 pagi di Pejabat Perkuburan Kwang Tung di sini.

Sehubungan itu, penutupan jalan akan melibatkan Jalan Lapangan Terbang, pusingan U Sungai Besi dan Jalan Lapangan Terbang Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penutupan turut melibatkan laluan di tanah perkuburan Kwang Tung dan Hokkien, Jalan Kerayung, Jalan Bukit Petaling dan Jalan Dewan Bahasa,” katanya.

ITIS berkata, bagi acara Larian Rotary Club of Bukit Bintang (RCBB) di Padang Merbok di sini, penutupan satu lorong secara berperingkat di Jalan Tunku, Jalan Dato’ Onn, Jalan Berjasa, Jalan Parlimen, Jalan Tun Ismail, Jalan Langgak Tunku, Jejambat Wisma Tani, Jalan Sultan Salahuddin dan Persiaran Sultan Salahuddin akan bermula dari pukul 7 pagi hingga 9.30 pagi.

Sementara itu, penutupan Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) akan bermula pada pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam melibatkan Jalan Isfahan (bersebelahan pusat beli-belah SOGO) hingga ke Jalan Melayu.

“Semua kenderaan persendirian tidak dibenarkan melalui kawasan ini kecuali bas, teksi, bomba, ambulan dan polis serta kenderaan penguatkuasaan,” katanya.

Bagi acara Kuala Lumpur (KL) Car Free Morning yang berlangsung di Jalan Raja, Dataran Merdeka di sini, laluan akan ditutup dari pukul 7 pagi hingga 9 pagi.

Turut terlibat, Persiaran Titiwangsa, Jalan Kuantan, Persiaran Kuantan dan sebahagian Jalan Chan Chin Mooi dan Jalan Pahang yang akan ditutup bagi memberi laluan kepada acara Impian Fund Charity Walk With Us di Impian, Persiaran Titiwangsa bermula dari pukul 7.30 hingga 9.30 pagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini