KUALA LUMPUR 19 April – Naza Italia Sdn. Bhd., pengimport dan pengedar rasmi jenama Ferrari di Malaysia melancarkan Ferrari F8 Tributo berharga RM1,068,000 tidak termasuk duti.
Ketua Pegawai Eksekutif Ferrari Hab Timur Jauh & Timur Tengah, Dieter Knechtel berkata, Ferrari F8 Tributo pertama kali dipamerkan pada 5 Mac lalu sempena Geneva Motor Show.
Katanya, pihak kumpulan berbangga menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang melancarkan model Ferrari F8 Tributo baharu sempena sambutan ulang tahun ke-10 Ferrari Singapura, Thailand dan Malaysia.
“Ia dipadankan dengan enjin 90-degree V8 turbo yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 720 hp pada 8,000 rpm dan memuncakkan tork setinggi 770 Nm pada 3,250 rpm,” katanya pada majlis pelancaran Ferrari F8 Tributo di sini hari ini.
Yang turut hadir, Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Naza Corporation Holdings Sdn. Bhd., SM Nasarudin SM Nasimuddin. – UTUSAN ONLINE











