HAWAII, Amerika Syarikat 19 April – Catatan tujuh di bawah par yang diraih pemain golf wanita ranking 20 dunia, Ji Eun Hee dari Korea Selatan membolehkan dia muncul pendahulu pusingan kedua Kejohanan Lotte di Kelab Golf Ko Olina, Hawaii, hari ini.
Pemenang lima kali Jelajah LPGA itu berada di tangga teratas pada hari ini selepas mengumpul catatan 15 di bawah par 129 pukulan.
Dalam aksi 18 lubang pada hari ini, Ji Eun Hee tidak berdepan masalah mendapatkan satu eagle dan enam birdie selain kurang melakukan kesilapan dengan hanya meraih satu bogey.
Nelly Korda dari Amerika Syarikat yang menamatkan saingan lebih awal hari ini, berada di kedudukan kedua dengan catatan keseluruhan 13 di bawah par 131 pukulan manakala Minjee Lee dari Australia dan Brooke Henderson berkongsi tempat ketiga dengan catatan 11 di bawah par 133 pukulan. – AGENSI











