Dua kementerian bergabung bantu Felda - Utusan Malaysia

Dua kementerian bergabung bantu Felda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 April – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan bekerjasama dengan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi bagi melaksanakan ‘cash crop’ (tanaman jangka pendek) dalam usaha memulihkan kewangan Felda.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, projek bernilai RM 1 bilion itu akan bermula dalam masa terdekat dengan melibatkan beberapa jenis tanaman buah-buah serta sayur-sayuran.

“Saya telah berbincang dengan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagaimana langkah seterusnya bagi memulihkan kembali Felda dengan mengemukakan konsep ‘cash crop’ bernilai hampir RM 1 bilion.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mungkin tahun ini suku daripada jumlah itu (RM250 juta) akan dilaksanakan. Jadi sememangnya kementerian kita saling berkerjasama bagi membantu Felda dan ini satu cabaran besar untuk Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Hari Bertemu Pelanggan MOA Peringkat Lembang Klang di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini