Hina Islam dan Nabi: Remaja perempuan ditahan - Utusan Malaysia

Hina Islam dan Nabi: Remaja perempuan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 April- Seorang remaja perempuan ditahan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) selepas dikatakan memuat naik status di Facebook yang menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W hari ini.

Memetik laporan Utusan Borneo, menurut sumber, suspek berusia 18 tahun dari Kampung Sungai Midin, Kuching itu ditangkap sekitar pukul 12.10 tengah malam selepas laporan polis dibuat terhadapnya.

Suspek kini masih ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 7 Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah 2001.-UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini