Amaran Silva kepada United - Utusan Malaysia

Amaran Silva kepada United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 19 April – Pengendali Everton, Marco Silva mengingatkan Manchester United bahawa mereka akan berdepan tugas sukar di Goodison Park, hujung minggu ini.

Skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer tewas dalam semua empat perlawanan terakhir mereka dalam semua kejohanan termasuk tersingkir di suku akhir Liga Juara-Juara kepada Barcelona.

The Toffees kini berada di landasan terbaik untuk meraih tiga lagi mata selepas berjaya menundukkan Chelsea dan Arsenal di Goodison Park dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jika kami berada pada tahap terbaik, mereka akan berdepan tugas sukar.

“Jika kami mencapai tahap sama seperti tiga perlawanan terakhir di laman sendiri, tugasan United akan menjadi lebih sukar,” kata Silva.

United menang 2-1 ke atas Everton di Old Trafford awal musim ini tetapi Silva percaya United di bawah kendalian Solskjaer tidak sama seperti di bawah Jose Mourinho.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini