Korda terus positif - Utusan Malaysia

Korda terus positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HAWAII, Amerika Syarikat 19 April – Pemain golf wanita, Nelly Korda dari Amerika Syarikat menamatkan aksi pusingan kedua Kejohanan Lotte dengan positif apabila mencatat keseluruhan 13 di bawah par 131 pukulan di Kelab Golf Ko Olina, Hawaii, hari ini.

Dalam aksi pusingan kedua, Korda yang ketika ini menghuni ranking 10 dunia dilihat tidak berdepan masalah sepanjang saingan 18 lubang hari ini yang menyaksikan dia mencatat empat di bawah par.

Enam birdie diraih oleh Korda pada hari ini membolehkan dia kekal dengan catatan positif biarpun melakukan dua bogey.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keputusan diraih Korda itu turut membuka peluang buat dia untuk memburu gelaran dalam kejohanan berkenaan andai terus konsisten. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini