KUALA LUMPUR – Taktik sekumpulan pegawai dan anggota imigresen menyamar sebagai pelanggan berjaya membongkar kegiatan pendatang asing tanpa izin (PATI) bekerja secara haram dengan menjual karpet di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini kelmarin.
Ops Niaga pada pukul 2 petang dengan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia itu berjaya menahan 13 PATI terdiri daripada lapan lelaki dan lima wanita berusia dalam lingkungan 25 hingga 40-an.
Pengarah Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, kesemua PATI itu ditahan selepas pihaknya menyerbu dan memeriksa tujuh premis dalam operasi berkenaan.
Memuatkan artikel berkaitan…











