KAJANG – Pencuri kereta memang tidak pernah memilih bulu untuk melakukan jenayah itu dengan kes terbaharu kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang digunakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh dilarikan penjenayah kelmarin.
Kehilangan MPV berwarna hitam itu disedari oleh pemandu Mohmad yang juga anggota polis pada pukul 8 malam ketika dia hendak beredar selepas menjamu selera di sebuah restoran sate di Sungai Ramal di sini pada pukul 8 malam.
Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, hasil siasatan mendapati pemandu berusia 31 tahun itu dikatakan baru selesai menyelenggara kenderaan tersebut di Jinjang, Kuala Lumpur dan dalam perjalanan ke Negeri Sembilan.
Memuatkan artikel berkaitan…











