Jaringan Lacazette bantu kemenangan Gunners - Utusan Malaysia

Jaringan Lacazette bantu kemenangan Gunners

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NAPLES 19 April – Jaringan tunggal Alexandre Lacazette dalam aksi suku akhir kedua Liga Europa, awal pagi tadi membolehkan Arsenal menewaskan Napoli 1-0 untuk agregat 3-0 sekali gus mengesahkan tempat ke separuh akhir.

Selepas ini Arsenal di jadual menentang Valencia dalam aksi separuh akhir pada 9 Mei ini.

Dalam perlawanan hari ini menyaksikan kedua-dua pasukan memulakan aksi dengan baik malah pertahanan tuan rumah, Napoli juga sukar ditembusi jentera serangan Arsenal.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, sepakan percuma menarik Lacazette pada minit ke-36 membolehkan Arsenal mendapatkan jaringan sekali gus memberikan tekanan kepada Napoli yang dilihat sukar mendapatkan jaringan.

Kemenangan tersebut membolehkan pengurus Arsenal, Unai Emery menarik nafas lega berikutan pasukannya masih konsisten dalam aksi minggu ini.

“Saya amat bangga dengan pemain dan usaha keras mereka.

“Saya tidak dapat untuk gambarkan adakah ini persembahan terbaik kami pada musim ini atau sebaliknya namun ia menggembirakan saya terutama selepas kami menewaskan Watford Isnin lalu.

“Objektif kami dalam aksi hari ini adalah untuk menghasilkan gol dan kami berjaya melakukannya untuk menang serta konsisten sepanjang 90 minit,” kata Emery.

Dalam perlawanan tersebut turut menyaksikan pemain tengah Arsenal, Aaron Ramsey diusung keluar kerana kecederaan hamstring.

Ramsey mengalami kecederaan pada minit ke-33 dengan Henrikh Mkhitaryan masuk menggantikan pemain antarabangsa Wales itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini