LONDON 19 April – Biarpun berjaya melangkah ke separuh akhir Liga Europa namun ia masih belum menggembirakan pengurus Chelsea, Maurizio Sarri selepas melihat pemainnya bergelut mendapatkan kemenangan 4-3 ke atas Slavia Prague dalam aksi suku akhir kedua, awal pagi tadi.
Chelsea meraih kemenangan dengan agregat 5-3 dan dalam aksi separuh akhir di jadual menentang Eintracht Frankfurt yang mengatasi Benfica 2-0 di laman sendiri menerusi kelebihan jaringan selepas terikat agregat 4-4.
“Hari ini Slavia bermain dengan amat baik malah hampir menghukum Chelsea.
“Kami memerlukan jalan penyelesaian kerana sejak dua bulan lalu, kami sentiasa bermula dengan buruk untuk separuh masa kedua terutama selepas mempamerkan aksi baik sewaktu separuh masa pertama.
“Lebih membimbangkan apabila kami masih melakukan perkara sama dalam 10 perlawanan terakhir dan bagi saya ini adalah masalah yang besar,” kata Sarri.
Dalam perlawanan hari ini menyaksikan Chelsea mengawal permainan dengan baik pada separuh masa pertama di Stamford Bridge selepas mendahului 4-1 menerusi dua jaringan Pedro pada minit kelima dan ke-27, jaringan sendiri pemain lawan Simon Deli pada minit kesembilan serta daripada Olivier Giroud pada minit ke-17.
Bagaimanapun ketika separuh masa kedua, Chelsea seakan sukar mengekalkan rentak permainan apabila membenarkan lawan menambah dua lagi jaringan.
Slavia Prague yang meraih gol pada separuh masa pertama menerusi Tomas Soucek pada minit ke-25 dilihat tidak berdepan masalah menambah lagi dua gol pada minit ke-51 dan ke-54 hasil jaringan Petr Sevcik. – AGENSI
Tetapi dua jaringan daripada Petr Sevcik yang hadir awal dalam separuh masa kedua memberikan harapan kepada Slavia untuk mengejar saingan dan mempamerkan permainan yang agresif untuk melangkah ke separuh akhir.
Bagaimanapun, Chelsea berjaya lolos menerusi kemenangan agregat 5-3 tetapi Sarri tidak berpuas hati dengan aksi longlai Chelsea dalam separuh masa kedua.
Chelsea tewas kepada 2-0 kepada Liverpool dan Everton dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan telah bolos kesemua jaringan dalam babak kedua permainan sekaligus menimbulkan kebimbangan kepada Sarri.
Chelsea berdepan Eintracht Frankfurt dalam separuh akhir, yang mengatasi Benfica 2-0 di laman sendiri menerusi kelebihan jaringan selepas terikat 4-4 secara agregat.











