Menteri Kewangan Pakistan letak jawatan - Utusan Malaysia

Menteri Kewangan Pakistan letak jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISLAMABAD 19 April – Asad Umar mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai Menteri Kewangan Pakistan ketika negara itu sedang mengadakan rundingan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) untuk mendapatkan bantuan kewangan bagi menamatkan krisis imbangan pembayaran.

“Sebagai sebahagian daripada rombakan Kabinet, Perdana Menteri mahu saya memegang portfolio Kementerian Tenaga berbanding Kementerian Kewangan.

“Bagaimanapun saya mengambil keputusan untuk tidak memegang apa-apa jawatan dalam Kabinet,” katanya dalam hantar Twitter di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ekoran itu kerajaan menamakan bekas pegawai Bank Dunia, Abdul Hafeez Shah, supaya bertindak sebagai penasihat kewangan negara itu.

Abdul Hafeez sebelum ini pernah menjadi Menteri Kewangan negara itu pada 2010 hingga 2013. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini