Netizen berang guru paksa bayi minum bir - Utusan Malaysia

Netizen berang guru paksa bayi minum bir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FERRENAFE, Peru – Seorang guru didapati memaksa salah seorang anak saudaranya untuk merasa minuman keras daripada sebotol bir ketika sambutan hari lahirnya baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mirror.

Lelaki tersebut mencelup jari ke dalam bir dan memaksa bayi lelaki berkenaan merasai minuman beralkohol di hadapan beberapa orang tetamu di bandar Ferrenafe, barat laut wilayah Lambayeque.

Rakaman telefon bimbit menunjukkan bayi yang berusia dalam lingkungan tiga hingga empat bulan itu mengerutkan wajahnya selepas lelaki dikenali sebagai Eloy memberikan botol bir tersebut kepadanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tetamu yang hadir kedengaran ketawa melihat reaksi bayi itu. Klip video yang dimuat naik di Facebook dengan kapsyen: “Dia telah mencuba bir sejuk, saya harap dia (bayi tersebut) tidak akan menjadi seperti ayahnya.”

Video tersebut mencetuskan kemarahan serta kecaman netizen dan kemudiannya dipadam. Ketua perkhidmatan pendidikan tempatan, Gloria Jimenez berkata, dia akan memfailkan satu laporan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini