KUALA LUMPUR– Akhbar Kosmo! mengumumkan kenaikan pangkat dan perubahan jawatan melibatkan empat pegawai kanannya.
Penolong Pengarang 2 Kosmo!, Lokman Othman dilantik sebagai Pengarang Kosmo!, manakala Pengarang Kosmo! Ahad, Wan Hasnan Wan Hasan memegang jawatan Penolong Pengarang 1 Kosmo!.
Jawatan Pengarang 2 Kosmo! pula diambil alih oleh Jamdi Nasir yang sebelum ini merupakan Pengarang Luar Negara.
Sementara itu, Penolong Pengarang Kosmo! Ahad, Azimi Mustapha turut dinaikkan pangkat bagi mengisi kekosongan jawatan Pengarang Kosmo! Ahad.
Semua kenaikan pangkat tersebut berkuat kuasa 1 Disember 2018.
Kosmo! terbitan Kumpulan Utusan mula diterbitkan pada 31 Ogos 2004 dan kini merupakan akhbar berbahasa Melayu No. 1 di negara ini. – K! ONLINE











