ATM: Kenapa gaji perlu berbeza? - Utusan Malaysia

ATM: Kenapa gaji perlu berbeza?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
KENYATAAN
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu mahu mengkaji kenaikan gaji anggota tentera bagi membolehkan ramai bukan Melayu terutama kaum Cina menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amat dikesali.

Kenapa bila mahu menarik penyertaan kaum lain, baharu mahu menaikkan gaji anggota tentera? Apakah anggota tentera daripada kaum Melayu tidak perlu gaji yang besar? Nak jadi tentera perlu berkorban dan patriotik, bukan gaji yang besar.

Apakah nanti ada dua tangga gaji dibuat yang mana pegawai dan anggota tentera Cina akan diberi gaji yang tinggi daripada pegawai dan anggota Melayu? Seperti mana yang telah lama diamalkan oleh pihak swasta yang mana gaji pekerja Melayu lebih rendah daripada gaji pekerja Cina.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebab itu jarang dan kurang kita nampak pekerja Cina bekerja di kedai kain, kedai serbaneka, mungkin kerana gaji yang rendah. Kalau ada pun mungkin gaji mereka berbeza dengan gaji pekerja Melayu?

AZIZIM BEDFORD 
CLUNY ESTATE

Perak

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini