Tun Mahathir antara 100 individu paling berpengaruh - Utusan Malaysia

Tun Mahathir antara 100 individu paling berpengaruh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tersenarai sebagai salah seorang individu paling berpengaruh bagi tahun 2019 dalam senarai tahunan oleh majalah TIME.

Senarai 100 Most Influential People itu dikeluarkan setiap tahun oleh majalah TIME sebagai penghormatan kepada individu-individu berpengaruh daripada pelbagai latar belakang.

Mahathir turut tersenarai bersama individu ternama dalam bidang politik lain seperti Presiden Donald Trump, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern dan bekas wanita pertama AS, Michelle Obama.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut tersenarai ialah ikon dalam bidang muzik seperti Lady Gaga, Ariana Grande, Taylor Swift dan kumpulan K-Pop, BTS.

Sementara itu, ikon dalam bidang sukan seperti Tiger Woods, Lebron James, pemain bola sepak Liverpool tersohor, Mohamed Salah dan pemain tenis Naomi Osaka turut tersenarai. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini