Pahang buntu sebelum perdayakan budak “U” - Utusan Malaysia

Pahang buntu sebelum perdayakan budak “U”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jaringan tunggal kapten Pahang, Matthew Davies pada lewat permainan sudah cukup untuk memimpin skuad Tok Gajah menempah slot suku akhir Piala FA apabila membenamkan cabaran UKM FC dengan keputusan 1-0 bagi pusingan ketiga di Stadium Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi.

Skuad bimbingan Dollah Salleh terlebih dahulu terpaksa memerah keringat apabila mereka hampir mendapatkan gol pembukaan menerusi sepakan gunting Jose Eduardo Almeida, namun percubaannya sekadar terkena palang pada minit ke-53 perlawanan.

Bagaimanapun, salah faham antara penjaga gol UKM FC, Khatul Anuar Md. Jalil bersama rakan sepasukannya, Alexandru Tudose dalam kotak penalti telah terperangkap dengan hantaran yang dilakukan Davies dari sebelah kiri yang terus memasuki gawang gol pada minit ke-85 perlawanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Keputusan tersebut sekali gus menyaksikan Pahang yang juga penyandang juara tahun lalu berjaya membawa misi pasukan ke pusingan seterusnya dalam usaha mempertahankan gelaran edisi 2018 selepas menundukkan Selangor 2-0 pada pentas final di Stadium Nasional, Bukit Jalil. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini