JPJWPKL tempa sejarah tubuh Unit Peronda Bermotosikal wanita pertama - Utusan Malaysia

JPJWPKL tempa sejarah tubuh Unit Peronda Bermotosikal wanita pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) menjadi JPJ pertama mempunyai anggota Unit Peronda Bermotosikal (UPB) wanita di negara ini.


Difahamkan, idea merekrut UPB wanita berkenaan tercetus selepas Pengarahnya, Datuk Ismail Mohd. Zawawi mencabar anggota wanita untuk menyertai unit tersebut yang menggunakan motosikal berkuasa tinggi Kawasaki Versys 650 cc.


Ismail berkata, pada peringkat permulaan ini, hanya tiga anggota wanita berjaya menempatkan diri dalam unit berkenaan.


Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka telah melepasi semua ujian dan menjalani kursus asas pengendalian motosikal berkuasa tinggi selama lima hari bermula pada 4 Mac lalu.


“Anggota wanita ini didedahkan dengan pelbagai elemen sepanjang tempoh kursus berkenaan diadakan seperti mempelajari asas pengawalan dan menghentikan motosikal,” katanya ketika ditemui di Ibu pejabat JPJWPKL di sini hari ini.


Tambahnya, unit berkenaan ditubuhkan bagi menjalankan penguatkuasaan yang lebih berkesan disamping mengurangkan kadar kemalangan maut di jalan raya.


Sementara itu, seorang daripada anggota wanita UPB, Wah Moliz Bahlong, 28, berkata, dia menyertai unit berkenaan selepas menyahut cabaran Pengarah JPJWPKL untuk menganggotai unit tersebut.


“Saya telah berkhidmat di JPJ sejak lima tahun lalu dan disebabkan minat terhadap motosikal berkuasa tinggi membuatkan saya menyahut cabaran untuk menyertai unit ini.


“Antara cabaran yang harus dilalui ialah terpaksa bersaing bersama anggota lelaki yang mempunyai kekuatan fizikal yang lebih baik selain berhadapan kesukaran mengendalikan motosikal bersaiz besar,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini