933 tangkapan libatkan dadah di Sarawak - Utusan Malaysia

933 tangkapan libatkan dadah di Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 16 April – Sebanyak 933 tangkapan dilakukan melibatkan kes penyalahgunaan dadah di Sarawak setakat Mac tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak, Superintenden Sahar Abd Latif berkata, jumlah tangkapan tersebut melibatkan 294 operasi yang dijalankan.

“275 individu ditangkap kerana mengedar dadah manakala 658 kerana memiliki dadah dan angka ini amat menakutkan kerana Sarawak berada di tangga ke-10 dalam senarai penyalahgunaan serta penagihan dadah mengikut nisbah jumlah penduduk di negeri-negeri.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kebanyakan individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah ini adalah mereka yang berusia dari 25 hingga 35 tahun,” katanya pada sidang media sempena ‘Pemantapan Pelan Tindakan Bagi Menangani Isu Dadah dan Substance (MIDS) Sarawak’, di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, kerjasama antara pihak berkuasa dan masyarakat adalah penting dalam menangani isu itu.

“Jika anda (masyarakat) mempunyai sebarang maklumat mengenai aktiviti penyalahgunaan dadah, salurkan maklumat tersebut kepada pihak polis bagi membolehkan pihak polis menjalankan risikan dan tangkapan dengan kadar segera. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini