Polis tahan lelaki terlibat kes tetak - Utusan Malaysia

Polis tahan lelaki terlibat kes tetak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANDAKAN – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian tetak di sebuah rumah di Kampung Tinusa 2, Batu 7 di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd. Azhar Hamin berkata, suspek berumur 43 tahun itu ditahan kira-kira 9.40 malam tadi di rumahnya di kampung berkenaan.

“Insiden ini (tetak) disyaki berlaku ketika mangsa, seorang lelaki berumur 18 tahun, datang ke rumah kawannya di kampung itu dan tiba-tiba mangsa diserang oleh suspek menggunakan parang.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Akibatnya mangsa mengalami kecederaan di jari tangan kanan. Motif sebenar kejadian masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Azhar berkata, senjata dipercayai digunakan untuk mencederakan mangsa turut ditemui ketika penahanan ke atas suspek yang dibuat beberapa jam selepas kejadian.

Beliau berkata, suspek kini ditahan reman empat hari mulai hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini